Wednesday, 5 June 2013
Tips Melancong
1. Survey - Lakukan survey terlebih dahulu. Survey harga tiket pengangkutan, tempat yang ingin dilawati dan rancang percutian terlebih dulu. Pada hari minggu kebanyakan pusat peranginan dan tempat tumpuan pelancong akan sesak dan menyebabkan ketidakselesaan. Harga dan caj yang dikenakan pula lebih mahal dari hari-hari biasa. Jika anda pergi melancong selama 4 hari 3 malam contohnya, sediakan jadual perjalanan dari hari pertama sehingga hari terakhir.
2. Checklist - Jangan lupa sediakan checklist supaya tiada barang yang tertinggal.
3. Promosi/Pakej - Apabila memilih untuk bercuti di luar negara pula, pilih negara yang mengadakan promosi pelancongan. Selain itu menempah tiket penerbangan atau tiket bas lebih awal lebih baik bagi mendapatkan harga yang murah.
4. Wang Tunai - Pastikan wang yang cukup disediakan. Kadang-kadang tempat yang ingin kita lawati tiada mesin ATM atau pengurup wang. Jadi sediakan wang tunai yang mencukupi yang boleh anda gunakan di waktu kecemasan. Pastikan wang diletakkan di dalam tempat yang selamat dan elakkan meletak wang yang banyak atau dompet di bahagian yang mudah dicapai penyeluk saku.
5. Dokumen - Pastikan dokumen penting seperti kad pengenalan, pasport, tiket kapal terbang, cek kembara dibawa bersama. Datang awal ke lapangan terbang untuk mengelakkan masalah yang tidak diingini.
6. Kongsi barang- Jika bercuti bersama kawan-kawan di dalam kumpulan adalah satu tindakkan biijak dengan berkongsi sahaja barangan keperluan asas seperti mandian, syampu, ubat gigi ataupun boleh menggunakan apa yang telah dibekalkan oleh pihak hotel.
7. Kurangkan pakaian - Jangan membawa terlalu banyak barang atau pakaian ketika melancong dan pastikan pakaian yang dibawa bersesuaian dengan destinasi yang hendak dituju. Sediakan beg plastik untuk menyimpan pakaian kotor supaya ia dapat diasingkan daripada pakaian bersih.
8. Beg pakaian - Pastikan beg yang anda bawa selesa untuk digunakan dan tidak menyusahkan anda. Gantungkan tag nama, alamat dan nombor telefon pada beg anda dan jangan lupa kunci. Anda mungkin boleh meletakkan mangga atau ´padlock´ supaya beg tidak dibuka orang yang tidak bertanggungjawab.
9. Barang kemas - Elakkan memakai barang kemas sewaktu melancong.
10. Peta- Pastikan anda mencetak terlebih dahulu atau membeli peta tempat yang ingin anda lawati. Ini akan memudahkan anda untuk merancang jenis pengangkutan yang sesuai untuk pergi melawat tempat-tempat menarik yang telah anda tetapkan sebelumnya.
11. Cenderahati - dapatkan maklumat tentang kawasan yang menjual buah tangan yang murah. Senaraikan juga semua nama ahli keluarga dan rakan supaya anda tidak membeli cenderamata secara berlebihan.Memang kadang-kadang kita jadi rambang mata tetapi jangan sampai rabak pula poket anda. Nanti menyesal pula.
12. Makanan- Pastikan tempat makanan yang anda pilih halal dan bersih. Jika anda melancong ke luar negara, bawa bekal makanan halal dan segera seperti mee maggi, makanan dalam tin, biskut, air minuman 3 in 1 dan lain-lain.
13. Rancang - Untuk menjimatkan tenaga, perbelanjaan dan masa, rancang untuk mengunjungi lokasi menarik berhampiran dalam sehari. Melalui perancangan itu, anda boleh mengetahui jenis pengangkutan ke lokasi pilihan dan bayaran tambang.
14. Agensi pelancongan - Melancong dengan menggunakan khidmat agensi pelancongan juga sangat digalakkan lebih-lebih lagi bagi mereka yang pertama kali mahu melancong. Ini dapat mengelakkan anda dari ditipu dan membuang masa.
15. Cari Tarikh Yang Sesuai - Semak tarikh tersebut beberapa kali dan pastikan anda dan keluarga anda tidak mempunyai apa-apa aktiviti lain, sebaiknya tarikh ditentukan 3 bulan sebelum pergi bercuti.
16. Pengangkutan - Pilih pengangkutan yang paling murah serta pemandu pelancong yang tahu mengenai selok-belok kawasan percutian tersebut bagi mengelakkan anda daripada ditipu ataupun tersesat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment